CERITA PENDEK
Selamat datang ke laman cerita pendek. Laman ini akan dicoretkan serba sedikit tentang beberapa buah cerpen yang dapat dibaca buat hiburan para pembaca. Semoga kalian terhibur hendaknya.
APABILA CINTA DATANG ! karya @tikah_94
“Zara Raisha!!!Turun bawah cepat.Rizqi call ni.Along kira sampai tiga.Kalau tak siaplah nanti.Zara!! cepat sikit,”.Pekikan suara Zayyad Raiyan memenuhi ruang banglo tiga tingkat milik Datuk Hasyim.Zara yang sedang syok membaca novel Isteri Separuh Masa karya Suri Ryana terkejut beruk mendengar jeritan alongnya.Kuat giler.Macam gorilla pun ada alongnya itu.Zara pantas terkejar-kejar turun ke tingkat bawah untuk menjawab panggilan.Perasaan geram berbakul-bakul pada Zayyad apabila alongnya terus-terusan berteriak memanggil namanya yang comel itu.Arif benar dengan perangai alongnya yang suka membuat kecoh.Sebaik tiba di depan alongnya yang tersengih-sengih seperti kerang busuk,sebuah jelingan maut dihadiahkan.Pantas dia merampas telefon dari alongnya.
“Oh,bahayanya jelingan adindaku.Bisa menikam diriku ini.Arghh,,pedihnya,”.Zayyad sudah mula membuat drama tanpa pengarah di depan Zara.Dia menayang-nayangkan muka yang sedang menahan kesakitan.Macam bapuk pun ada jugak.Terasa amat seronok memandang wajah masam lagi berkerut dari adiknya itu.
“Ada orang nak mampus cepat agaknya ni.Dahlah blah jauh-jauh.Serabut kepala je tengok along tau tak,”.Pantas dia menolak jauh badan alongnya.Panggilan telefon masih tidak dihiraukan.
“Sedihnya ada orang tu halau kita.Sampainya hatimu…,,”.Zayyad sudah melangkah pergi meninggalkan adiknya sambil menyanyi lagu dendangan kumpulan Spring itu.Zara hanya menggelengkan kepala dengan tingkah alongnya.Wayar di kepala berbelit agaknya.
‘Macam budak tak cukup umur padahal dah 28 tahun.Dah patut ada anak bini dah pun,’.Zara membebel sendirian.Pantas dia teringat akan Rizqi yang masih setia menantinya di talian.
“Hello,ada a…,”.Belum sempat ayatnya dihabiskan suara Rizqi telah laju memotong.
“Zara,tolong aku.Emergency ni,huhu,”.Suara Rizqi jelas kedengaran di corong telefon.
“Ada apa sebenarnya ni.Cuba kau cite kat aku slow-slow.Mana tau aku boleh bantu,”.Zara membalas tenang kata BFFnya yang seperti kegelisahan.
“Hah,sebelum tu pasal apa aku call nset kau tak dapat.Banyak kali tau aku cuba letih tangan aku,”.Rizqi membebel pula seperti mak nenek.
“Bila masa pulak kau call.Langsung tak dengar pun.Bateri dah k.o kot.Kenapa kacau aku weekend macam ni?Tak puas lagi ke tengok muka aku kat office.Aku tengah syok baca novel tau,”.Zara pula yang membebel sakan.
“Ala,kau ni.Aku tengah terdesak ni.Kau mesti tolong aku jugak,Akukan BFF kau”.Rizqi memujuk pula.
“Yelah.Masalahnya nak suruk tolong apa.Kalau mampu insyaAllah aku tolong,”.Zara berkata tenang.Tidak sampai hati pula menghampakan Rizqi.
“Aku nak kau bersiap sekarang.15 belas minit lagi aku sampai ambik kau,”.Rizqi selamba mengeluarkan arahan.
“Amboi Muhammad Rizqi Harraz.Sedapnya kau mengarah aku.Kau ni laki aku ke?Kau nak bawak aku pergi mana ni.Aku nak rehat pun tak senang,”.Zara menyuarakan ketidakpuasan hatinya.
“Taulah nama aku best macam muka aku yang kacak ni tapi tak payah r sebut panjang-panjang.Ala manalah tau masa akan datang aku ni jadi laki kau nanti baru kau tau,”.Dah keluar dah ayat perasan mamat ni.Salah satu persamaan dengan Zara iaitu kedua-duanya kuat perasan.
“Poyolah kau.Cepatlah cakap kau nak bawak aku pergi mana?Tadi cakap emergency sangat,”.Zara kembali serius.
“Hehe,sebenarnya aku nak suruh kau teman aku tengok wayang.Aku bosanlah duk rumah.Aku nak ajak kau tengok cerita 7 Petala Cinta.Macam best je.Ala jomlah Zara teman aku.Kaukan sayang aku,”.Suara Rizqi telah bertukar manja seperti budak kecik.Zara pula telah menepuk dahinya.
‘Sabar jelah Riz.Ingat ke apa yang penting sangat.Pasal apalah kau ni jiwang sangat.Suka betul tengok filem-filem romantik dan sewaktu dengannya semua.Aku ni yang perempuan pun tak jiwang macam tu.Setakat baca novel adalah,’.Zara terus membebel dalam hatinya.
“Zara,please.Jomlah teman aku.Aku nak try tengok cite tu.I beg you,”.Rizqi masih terusan memujuk setelah Zara masih mendiamkan diri.Dia tahu lambat-laun Zara pasti termakan pujukannya.
“Hmm,yelah,yelah.Aku teman kau tapi datang setengah jam lagi tau.Aku tak mandi lagi ni,”.Zara bersetuju jua.Tak betah mendengar rayuan sahabat baiknya.
“Yes,ni yang aku sayang kau ni.Hehe.Siap cepat tau nanti aku jemput kat rumah kau.Aku belanja kau makan nanti,”.Rizqi benar-benar berasa gembira.
“Yelah.Kalau kau tak cakap aku memang nak suruh kau belanja pun.Oklah aku nak siap-siap pulak.Jumpa nanti.Assalamualaikum,”.Zara berkata selamba dan setelah mendengar salamnya dijawab di pantas berlalu semula ke biliknya untuk bersiap.
***************************
RIZQI mamandu masuk Toyota Camry miliknya ke pekarangan banglo milik keluarga Zara.Selesai memakirkan keretanya,dia terus masuk ke dalam rumah setelah memberi salam.Dia melihat Mercedes Benz milik Datuk Hasyim tiada di tempat parkir menandakan ayah kawannya itu tiada di rumah.Mengunjungi ke rumah Zara telah menjadi perkara biasa baginya memandangkan hubungan kedua-dua keluarga mereka yang agak rapat.kedatangan Rizqi di sambut baik oleh Zayyad abang sulung Zara.Zara merupakan anak kedua daripada 3 beradik.Adik bongsu Zara kini sedang menyambung pelajarannya di Ireland dalam jurusan medik.
“Nak bawak Zara pergi mana smart macam ni?”Zayyad menyoal Rizqi setelah mereka bersalaman.Dia mempelawa Rizqi masuk ke dalam sementara menunggu Zara bersiap-siap.Rizqi kelihatan santai sekali dengan t-shirt polo ungu dan berseluar jeans hitam.
“Riz nak ajak Zara tengok wayang cite baru tu long.Bosanlah duk kat rumah weekend camne,”Pertanyaan Zayyad di jawab mesra.
“Owh.Datelah ni yea,hehe.Nak minum dulu tak kalau nak along pergi ambik?”Zayyad terus menyoal.Sememangnya pada hujung minggu Mak Mah yang bekerja sebagai orang gaji di rumah keluarganya akan diberi cuti.
“Tak payahlah.Nanti kita orang nak pergi makan minum jugak.Lambat betul si Zara ni bersiap-siap.Dia cakap tadi setengah jam ni dah dekat sejam pun tak selesai lagi,”Rizqi membebel pula.Dia telah tiba lewat dari yang dijanjikan namun kelibat Zara masih belum kelihatan.Zayyad yang mendengar kata Rizqi hanya tersengih.
“Ala Riz,macamlah tak kenal minah tu.Bersiap mengalahkan tuan puteri,”Balas Zayyab selamba mengutuk adiknya.
“Amboi along.Tak sayang mulut nampak.Ikut suka dia je kutuk orang.Angah dah siap lamalah.Duk tunggu Rizqi ni yang tak sampai-sampai tu yang duk charge nset kejap.Bateri dah k.o.Nantikan susah pulak kalau ada masalah,”Zara menerangkan panjang lebar.Dia menuruni tangga perlahan-lahan.Zayyad hanya ketawa memandang adiknya itu yang mengenakan blouse berona ungu dan berseluar jeans putih disamping pashmina yang dibelit anggun.
“Yelah tuan puteri.Ni si putera dah lama tercongok menunggu kekasih hati untuk pergi date,”Zayyad mengusik Zara dan Rizqi.Dia tahu mereka berdua tidak gemar diusik bersama.Dia sendiri hairan dengan hubungan keduanya yang rapat seperti belangkas semenjak kecil.Mereka hanya terpisah ketika Rizqi menyambung pelajarannya di luar negara dan Zara lebih suka memilih universiti tempatan.Mereka kembali erat apabila Rizqi memilih untuk bekerja di syarikat milik keluarganya.
“Apalah along ni.Tak de maknanya nak pergi date ni semua.Kita orang cuma kawan je okay.Bukannya pakwe dan makwe,”Zara pantas membidas.
“Betul-betul.Kami ni BFF tau,”Rizqi pula menyokong.
“Eh,dahlah.Dah lewat ni.Kita orang pergi dulu.Duduk elok-elok kat rumah tau.Jangan nak nakal-nakal pulak,”Giliran Zara pula yang mengusik alongnya.Dia tau kebiasaan alongnya akan menghabiskan masa hujung minggu dengan pelbagai aktiviti bersama tunangnya Kak Fiza.Bakal kakak iparnya itu hanya tinggal bersebelahan rumah mereka.Pelik juga dia melihat pasangan itu.Setiap hari meluangkan masa bersama tapi apabila disuruh berkahwin tidak mahu pula.Apabila menyoal alongnya bila ingin melangsungkan perkahwinan jawapan sama yang tidak masuk akal pula diterima.
‘Along dan kak Fiza nak kahwin sekali dengan Zara dan Rizqi nanti,’.Itulah kata-kata yang sering meluncur dari mulut alongnya yang langsung tiada insuran itu.
“Eleh nak nasihat orang pulak.Kamu berdua ni yang jangan nak nakal-nakal kalau tak along kahwinkan je,”Zayyab membalas selamba.Berkerut dirinya apabila menerima cubitan berbisa dari adiknya itu.Baru sahaja ingin membalas adiknya itu telah berlari ke luar rumah.
“Pergi dulu ye long.Assalamualaikum,”Rizqi pantas bersalaman dengan Zayyad sebelum mendapatkan Zara yang telah menantinya di dalam kereta.
“Waalaikumusalam,”Zayyad membalas perlahan sambil sorotan matanya melihat Toyota Camry milik Rizqi meninggalkan pekarangan rumah.
KERETA milik Rizqi meluncur laju ke destinasi.Mereka memilih untuk ke Mid Valley Megamall.Setelah beberapa lama perjalanan,mereka sampai ke destinasi.Kedua-dua pasangan Bff ini melangkah beriringan ke panggung wayang.Mereka sempat membeli popcorn dan minuman sebelum masuk ke dalam panggung.Kelibat pasangan ini menarik mata banyak pihak.Mereka kelihatan amat cocok sekali.
Tayangan filem 7 petala cinta hampir ke penghujung.Zara telah kebosanan menanti.Memang dirinya kurang gemar dengan filem melayu.Dia menjeling sekilas ke arah Rizqi yang kelihatan khusyuk menonton.Entah mengapa dia terasa sukar pula untuk mengalihkan pandangan dari wajah jejaka di sebelahnya.Sesuatu telah terdetik di hatinya.
‘Handsome jugak Riz ni.Rambut keperangan dan muka pulak macam orang Jepun.Nampak macam babyface pun ada jugak.Kalau kahwin dengan dia mesti anak kami comel giler nanti.Yelah.Aku nikan comel jugak.Cun gitu,hehe,’Zara sudah tersengih-sengih.
‘Eh,apa aku melalut ni.Ish kenapa aku rasa berdebar-debar pulak.Tak boleh jadi ni.Baik tengok cite semula.Fokus,fokus,’Zara mengalihkan semula pandangannya sambil mengangguk-ngangguk.Rizqi pula berasa hairan melihat Zara yang tiba-tiba menganggukkan kepalanya.Kejap tergeleng-geleng.
‘Tengok cite pun dah jadi tak betul agaknya.Macam-macam,’Rizqi pula yang menggelengkan kepala.
Tayangan cerita selama 1 jam setengah berakhir jua.Zara menarik nafas kelegaan.Dia sudah tidak sabar untuk menjamu selera memandangkan perutnya yang sudah berkeroncong.Zara pantas berlalu meninggalkan panggung dengan tergesa-gesa.
“Riz,cepatlah sikit gerak tu.Aku dah lapar ni.Kaukan kena belanja aku makan.Lepas ni aku nak kau teman aku main bowling pulak.Dah lama tak main.Eh,cepat la.Terkedek-kedeklah kau ni,”Zara memanggil Rizqi yang telah jauh di belakang.
“Sabarlah tuan puteri oi.Tak larinya kedai makan tu.Macam budak-budak kau ni,”.Rizqi telah membebel.Zara hanya ketawa mendengar kata-kata rakannya.
“Aku memang budak-budak pun.Tak tau lagi ke.Awek mudalah katakan.Bestnya nanti nak main bowling.Lambatlah kau jalan.Aku tunggu kau kat KFC yea,”Sejurus itu Zara berlari-lari anak meninggalkan Rizqi.Rizqi pula telah menggelangkan kepalanya melihat reaksi temannya.
‘Entah apa-apa Zara ni.Langsung tak macam umur 25 tahun.Tak matured langsung,’Rizqi hanya tersenyum lihat Zara.Entah kenapa pula dia merasakan Zara begitu comel sekali ketika itu.Mereka terus menjamu selera di restoren makanan segera sebelum menghabiskan masa bermain bowling.Mereka benar-benar gembira pada hari tersebut.Selepas solat asar baru mereka mengambil keputusan untuk pulang.Sebelum pulang,Zara sempat membodek Rizqi membayarkan 4 buah novel di MPH Bookstore untuknya.Bukannya dia tidak mampu tetapi sengaja membuli.Memang malang siapa yang menjadi kekasih Zara Raisha.Haha…
**********************
PARA pekerja beransur-ansur meninggalkan Mega Holdings mamandangkan lunch hour telah tiba.Zara mengemaskan barang-barangnya untuk keluar makan bersama Rizqi.Tiba-tiba dia dikejutkan dengan kehadiran seseorang jejaka didepannya iaitu Azim Fikri akauntan syarikatnya.
“Awak nak keluar makan ke Zara?Jomlah pergi sama.Saya belanja awak lunch”Azim dengan mesra mempelawa Zara untuk makan bersama.Sememangnya dia telah lama ingin mendekati anak pemilik syarikatnya itu.Entah mengapa dirinya amat tertarik dengan gadis comel yang memliki sepasang mata bulat dan senyuman yang menawan itu.Sikap Zara yang agak kebudak-budakan benar-benar menarik hatinya.Hubungannya dengan Zara juga agak rapat namun dia takut meluahkan rasa hatinya.Dia tahu gadis itu rapat dengan arkitek syarikat tersebut Rizqi Harraz namun dia tidak dapat meneka sejauh mana hubungan antara keduanya.
Zara tersenyum mesra ke arah Azim.Dia selesa berkawan dengan jejaka yang merendah diri tersebut.Azim juga amat menghormati orang disekitarnya dan dia juga telah banyak terhutang budi dengan lelaki tersebut.
“Saya memang nak keluar lunch pun tapi saya dah janji dengan Harraz.Marilah awak join sekali?”Zara terus mempelawa Azim.
“Hmm,tak pe ke ni?Nanti saya ganggu awak dengan Harraz pulak,”Azim bimbang kehadirannya nanti tidak disenangi Rizqi.Di pejabat,Rizqi lebih dikenali sebagai Harraz.
“Ala,awak tak payah bimbang.Harraz ni sporting je.Dia mesti tak kisah.Ha,panjang pun umur dia.Riz,aku ajak Azim join skali lunch,”Zara pantas memaklumkan kepada Rizqi sebaik sahaja jejaka itu tiba di ruang pejabatnya.
“Owh,okay.Aku on je.Jomlah Azim.Lagi ramai lagi meriah,”.Rizqi pantas bersetuju.Mereka berlalu ke Restoran Melayu yang berhadapan dengan pejabat.
***************************
PETANG itu,Zara pulang bersama Rizqi.Dia telah berjanji untuk makan malam di rumah keluarga lelaki itu.Sudah terlalu lama dia tidak ke sana.Dia juga rindukan Wafa Dayana yang merupakan adik bongsu Rizqi.Sebaik tiba di rumah lelaki itu,Zara disambut mesra oleh ibu Rizqi.
“Dah lama auntie tak jumpa Zara.Rindunya.Zara pun tak jenguk auntie kat rumah.Auntie dahlah bosan duduk sorang-sorang.Wafa tu sibuk je dengan kelas tambahan memanjang.Yang lelakinya pulak sibuk dengan kerja je,”.Puan Fatimah meluahkan ketidakpuasan hatinya.Suaminya Megat Hilman sememangnya selalu sibuk dengan firma guamannya.Megat Hilman mempunyai firma guamannya tersendiri yang agak terkenal.Anak sulungnya,Aril Fatah yang membantu suaminya itu.Anak keduanya iaitu Rizqi memilih untuk bekerja sendiri di syarikat ayah Zara.Anak bongsunya pula sibuk dengan kelas memandangkan akan menjalani peperiksaan SPM pada tahun itu.Zara tersenyum mendengar kata-kata Puan Fatimah.Dia terus memeluk mesra badan perempuan itu.
“Sorry erk auntie.Zara bukan tak nak datang tapi sekarang ni sibuk sangat urusan kat pejabat tu.Zarakan orang baru lagi.Banyak benda yang nak kena belajar.Tak pe,lepas ni Zara cuba datang sini selalu tau,”Zara menenangkan ibu Rizqi itu.Rizqi pula telah lama hilang ke dalam biliknya untuk membersihkan diri.
“Boleh je kalau ibu nak Kak Zara selalu datang sini.Suruh je abang Riz kahwin dengan Kak Zara habis cerita,”Wafa menyampuk percakapan ibunya dan Zara sambil tersengih-sengih.Muka Zara telah bertukar merah padam.
“Betul jugak tu.Zara kahwin jelah dengan Rizqi tak payah susah-susah nak datang lagi.Tinggal sini terus,”Puan Fatimah pula terus menambah sengaja mengusik.Dia tahu baik Zara mahupun Rizqi tidak suka apabila isu tersebut dibuka.
“Amboi,kenakan Zara nampak auntie.Budak ni memang nak kena dengan akak ni.Meh sini akak nak ajar sikit,”Sebaik mendengar kata-kata Zara,Wafa pantas melarikan dirinya.Dia tahu Zara pasti menghadiahkan cubitan ketam padanya.Gamat suasana rumah banglo 2 tingkat milik keluarga Rizqi dengan gelagat Zara dan Wafa yang seperti budak-budak.Puan Fatimah hanya tersenyum lebar melihat aksi Zara yang mengejar Wafa.Rizqi yang baru sahaja selesai membersihkan diri itu hanya sekadar menggelengkan kepalanya.Arif sangat dengan perangai adiknya dan Zara.
Makan malam di rumah Rizqi amat meriah sekali dengan kehadiran Zara.Zara memang agak mesra dengan kesemua ahli keluarga Rizqi.Sudah seperti ahli keluarganya sendiri.Suasana riuh dengan suara Wafa yang rancak bercerita kepada Zara.Dia memang sayangkan Zara memandangkan dirinya tidak mempunyai kakak.Zara pula menganggap Wafa seperti adiknya sendiri lantaran dia juga tidak mempunya adik perempuan.
“Zara tidur sinilah malam ni.Esok pergi kerja dengan Rizqi je,”Megat Hilman mempelawa Zara untuk tidur di rumahnya.Hubungan rapat antara Zara dan Rizqi membuatnya menganggapkan Zara seperti anak sendiri.Dia juga berdoa agar adanya jodoh antara Rizqi dan Zara.Dia dan Puan Fatimah semestinya gembira sekali jika perkara itu berlaku.Namun sehingga kini keduanya masih sama seperti dulu.Sekadar teman rapat.
“Hmm,bukan Zara tak nak uncle tapi Zara dah janji dengan ibu nak balik hari ni.Lagipun petang esok Zara nak pergi kursus 1 minggu kat Temerloh.Barang tak packing lagi”Zara menolak baik pelawaan Megat Hilman yang sebaya bapanya itu.Keesokan hari,dia perlu menghadiri kursus selama seminggu di Temerloh bersama seorang lagi sahabatnya Fatin.
“A’a bah.Esok Zara kena pergi kursus.Lepas makan ni Riz nak hantar Zara balik terus.Takut Zara letih pulak nanti,”Rizqi pula yang menyampuk.
“Owh,tak pelah macam tu.Lain kali Zara tidur je kat sini boleh temankan Wafa,”Megat Hilman mengangguk faham.
“InsyaAllah nanti ada masa Zara bermalam je kat sini,”Zara membalas.
“Janji tau kak Zara tidur kat sini nanti.Bolehlah Wafa ajak kak Zara tengok korean drama nanti.Boleh jugak teman Wafa main saidina ke ps3 ke.Bestnya,”Wafa mula teruja.
“Tak malu.Dah besar pun main games lagi,”Aril pula mengusik adiknya itu.Wafa telah berubah masam.
“Wekk,,sibuk je abang Aril ni.Jeles la tu,”Wafa membalas kata abangnya sambil menjelirkan lidah.
“Tak de makna abang Aril nak jeles kan bang,haha.Tak matured,”Rizqi pula menambah forum.Suasana kembali gamat dengan gelak ketawa.
SELESAI makan malam,Rizqi terus menghantar Zara pulang ke rumah.Dia tahu Zara benar-benar telah keletihan.
“Kau tak masuk ke pejabat pagi esok?”Rizqi melontarkan pertanyaan sebaik tiba di pekarangan rumah Zara.Sempat lagi berbual-bual sebelum gadis itu keluar dari keretanya.
“Yup.Aku rehat kat rumah je pagi tu.Esok aku bertolak ke Temerloh dari rumah,”Jawab Zara.
“Kau jaga diri baik-baik tau kat sana.Bawak kereta elok-elok.Lama jugak kau pergi kurus.Mesti aku mati kebosanan sepanjang kau tak ada.Tak de orang nak gaduh dengan aku,”Rizqi telah berubah sedih.Dia tahu sepanjang ketiadaan Zara pasti harinya akan kebosanan.Selama ini Zaralah yang sentiasa menemaninya.Dia bukanlah seorang yang mempunyai ramai kawan.
“Baiklah Pak cik.Taulah aku jaga diri aku.Kau tak payahlah sedih-sedih.Macam aku dah tak balik.Seminggu jelah aku kursus.Aku suruh kau cari awek tak nak.Kalau kau ada awek boleh jugak kau keluar date dengan awek kau nanti.Tu si Sofia tu dah lama duk tunggu kau tau.Kesian dia,”Zara membalas kata-kata Rizqi.
“Sofia??Biar tak pun dia jadi awek aku.Tergedik semacam je aku tengok.Seram aku kalau dia jadi awek aku.Tolonglah,”Rizqi telah membuat muka menyampah.Terbayang di fikirannya gelagat Sofia yang sering menggodanya di pejabat.Zara terus ketawa mendengar jawapan Rizqi.Dia juga arif dengan perangai Sofia yang terover gedik itu.
“ Haha.Aku tak dapat bayang kalau dia betul-betul jadi awek kau.Mesti meroma bulu roma kau agaknya,hehe.Hah,senang-senang kau pergilah lepak dengan Pejo and the gang.Taklah kau bosan nanti.Aku pun dah lama tak jumpa diorang,”Zara pantas menyuarakan pendapatnya.Pejo merupakan rakan baik mereka semenjak sekolah menengah lagi.
“Betul jugak yea.Eh,aku rasa Azim tu macam syok je kat kau.Kau tak rasa apa-apa ke kat dia?”Rizqi cuba mengorek rahsia hati rakannya itu.
“Aku pun rasa macam tu jugak.Tapi dia tak ada cakap apa-apa pun kat aku.Aku pun anggap dia kawan satu office je,”Jawab Zara.Rizqi tersenyum mendengar jawapan Zara.Dia bimbang BFFnya dirampas orang lain.
“Owh.Eh,baik kau keluar dulu dari kereta aku.Uncle Hasyim dah tengok semacam kat sini.Nanti tak pasal-pasal dia kahwinkan kita terus,”Rizqi berkata sejurus terlihat kelibat bapa Zara di pintu rumah.Zara pantas keluar dari kereta.Rizqi turut keluar dan bersalaman terlebih dahulu dengan Datuk Hasyim dan Datin Maznah.
“Ha,Riz tak nak singgah dulu ke minum-minum,”Datin Maznah menegur mesra sahabat baik anaknya.
“Tak pelah auntie.Dah lewat ni.Saya pun ada kerja sikit yang nak disiapkan,”Rizqi menolak baik pelawaan Datin Maznah.
“Terima kasih ye hantar anak uncle ni balik.Kamu dah siapkan ke pelan projek Bandar Baru tu??’Datuk Hasyim pula bersuara.Sempat lagi bertanya soal kerja.Sabar jelah.
“Apalah abang ni.Malam-malam buta macam ni pun sempat lagi tanya soal kerja.Ni kat rumahlah bukan dekat office lagi tau,”Datin Maznah mencubit lengan suaminya itu.Zara dan Rizqi pula telah ketawa.
“Alah Ibu,macamlah tak kenal perangai ayah ni.Workaholickan,”Zara pula membalas kata ibunya.Datuk Hasyim hanya tersengih memandang isteri tersayang.Rizqi pula masih terus ketawa.
“Ada sikit je lagi yang tak siap uncle.Don’t worry.Nanti saya akan cuba siapkan segera dan tunjukkan pada uncle,”Rizqi menjawab soalan yang ditanya.
“Eh,saya mintak diri dululah ye.Dah lewat ni.Assalamualaikum,”Rizqi menambah lagi.Sejurus bersalaman dengan Datuk Hasyim dan Datin Maznah,dia terus berlalu ke keretanya.Sebelum itu,dia sempat berbalas senyuman dengan Zara.
‘Arghh,mesti aku akan rindu dia nanti seminggu tak dapat jumpa,huhu,’Rizqi berkata di dalam hati.
****************************
PEJAM celik seminggu telah berlalu.Masa berlalu dengan begitu pantas.Rizqi benar-benar kegelisahan.Seminggu tidak berjumpa Zara membuatnya tidak senang duduk.Terasa begitu rindu sekali ingin menatap wajah comel dan sepasang mata bulat milik gadis itu.Dia juga rindu dengan celoteh Zara yang suka merapu-rapu.Zara juga turut merasakan perkara sama.Kursusnya selama seminggu berasa begitu bosan.Aik,cinta dah datang ketuk pintu hati mereka ke ni????
Rizqi berulang-alik di dalam biliknya.Dia tahu semalam Zara telah pulang ke rumah.Terasa tidak sabar pula menunggu hari esok untuk berjumpa Zara di pejabat.
‘Dari aku ulang-alik macam ni baik aku pergi je rumah Zara habis cite,’Rizqi bergegas mencapai kunci keretanya.Sebaik tiba di rumah Zara,dia segera memberi salam.Datin Maznah,Zayyab dan Fiza ketika itu sedang enak menjamu kuih-muih di taman mini.Rizqi pantas mendapatkan mereka.
“Uncle takde kat rumah ke auntie?”Rizqie bertanya kepada Datin Maznah.Dia melihat kereta Datuk Hasyiim berada di rumah namun kelibat bosnya itu langsung tidak kelihatan.
“A’a.Uncle pergi keluar main golf dengan kawan dia,”Rizqie menganggukkan kepala mendengar jawapan Datin Maznah.Diintai juga kelibat Zara namun tiada juga.
“Mari la makan Riz.Tunang along yang buat kuih ni.Best tau,”Zayyad mempelawa Rizqi makan bersama mereka.Sempat lagi memuji bakal isteri.Nak ambik hatilah tu.Fiza hanya tersenyum memandang Rizqi.
“Tak pelah.Riz sebenarnya nak jumpa Zara.Ada kerja sikit,”Terus diterangkan tujuannya datang ke situ.Zayyad telah tersenyum-senyum mendengar jawapan Rizqi.
‘Rindulah tu.Tau sangatlah.Yang sorang lagi tu pun sama jugak.Nak tanyakan confirm tak mengaku punya,’Zayyad bermonolog sendirian.
“Zara ada kat dalam.Pergilah masuk jumpa dia,”Kata Datin Maznah sambil tangannya mencapai sebiji lagi kuih.Rizqi pantas mengorak langkah masuk ke dalam rumah.Puas dicari kelibat Zara di dalam rumah namun langsung tidak kelihatan.
‘Aik,mana pulak minah ni.Main nyorok-nyorok ke dengan aku.Auntie cakap ada kat dalam,’Rizqi berbisik sendirian.Tidak lama kemudian,telinganya pantas mendengar sesuatu dari arah dapur.Terus dia menuju ke sana kerana pasti Zara berada di situ.Langkah kakinya terpaku apabila melihat satu susuk tubuh yang hanya dibaluti t-shirt tanpa lengan dan berseluar tiga suku itu sedang berdiri di atas kerusi cuba mengambil bekas makanan di atas almari.Berkocak naluri Rizqi ketika itu melihat keadaan Zara yang belum pernah dilihatnya.Pertama kali dia melihat Zara tanpa memakai tudung selain dari sewaktu kecil dulu.
Pantas dia mengambil keputusan untuk ke luar rumah semula namun suara jeritan kecil Zara mematikan langkahnya.Gadis itu terkial-kial mengawal dirinya dari terjatuh.Rizqi bertindak pantas menyambut tubuh Zara yang telah jatuh.Zara terpaku di dalam pelukan Rizqi.Terkejut beruk dia melihat gerangan penyelamatnya.Mereka saling berbalas pandang.Masing-masing merasakan satu perasaan lain di dalam diri.Setelah beberapa lama Zara tersedar.Terus dia menolak tubuh Rizqi.
“Err,,sorrylah aku terpeluk kau.Aku cuma nak selamatkan kau je tadi sebenarnya,”Rizqi berasa serba salah dan kekok.
“Eh,takpe,takpe.Aku tau kau tak sengaja.Terima kasih selamatkan aku,”Zara juga terasa kekok.Dia menggarukan kepalanya yang tidak gatal.Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.
“Argh,,,,”Jeritan Zara jelas kedengaran sehingga ke luar rumah.Sepantas kilat dia melarikan diri ke dalam biliknya.Dia terlupa dengan keadaan dirinya yang tidak sempurna ketika itu.
‘Malunya.Riz dah nampak semua.Arghh..Malu,malu,’Zara menghempuk-hempuk kepalanya ke atas bantal.Dia benar-benar terasa bengang.
Sementara itu di tingkap bawah,Datin Maznah dan Zayyad melangkah pantas ke dalam rumah sebaik mendengar jeritan Zara dari arah dapur.Sebaik tiba di dapur,Datin Maznah dan Zayyad berasa hairan melihat Rizqi yang terpaku berdiri di sebelah kerusi.Kelibat Zara langsung tidak kelihatan.
“Kenapa Zara jerit tadi?”Zayyad pantas menyoal sambil menepuk-nepuk bahu Rizqi yang kelihatan terpinga-pinga.
“Er,,,Zrr..Zzzz..Zara..dia,,dia,ha,dia nampak ada tikus kat dapur tadi sebab tu dia jerit,”Rizqi menjawab tergagap-gagap.Jawapannya itu mengundang rasa hairan Datin Maznah dan Zayyad.Sepanjang berpindah ke rumah itu,belum pernah lagi mereka berjumpa dengan tikus.Lipas tu lainlah selalu ada.
“Habis tu mananya Zara.Dia menyorok kat mana pulak?”Giliran Datin Maznah pula yang bertanya.Pertanyaan itu membuatkan Rizqi terkulat-kulat.Ligat kepalanya mencari idea menjawab.Takkan nak cerita perkara sebenar kot.
“Hmm,Zara dah naik bilik dia.Dia terkejut sangat tengok tikus tu.Besar betul.Riz cuba tangkap tikus tu tapi terlepas,”Rizqi bersungguh-sungguh menceritakan cerita rekaannya sendiri.Semakin bertambah kerutan mereka yang mendengar.
“Okaylah auntie,along.Riz nak balik dulu.Riz dah jumpa dengan Zara tadi.Mintak diri dulu erk,”Rizqi pantas bersalaman dengan Datin Maznah dan Zayyad sebelum terkocoh-kocoh melangkah keluar.Datin Maznah dan Zayyad hanya mengangkat bahu melihat perlakuan ganjil Rizqi.Macam-macam hal.
LEWAT malam itu,Rizqi duduk termenung di beranda biliknya.Dia masih belum melupakan peristiwa petang tadi.Masih terbayang keadaan diri Zara pada waktu itu.Rambut panjang Zara yang beralun lurus,leher yang jinjang dan kulit yang putih melepak benar-benar membuatnya sesak nafas.Rizqi menggeleng-geleng selepas itu.
‘Apa yang aku fikir ni.Ya Allah,ampunilah dosa aku.Aku khilaf yang Allah,’Rizqi terus berdoa memohon keampunan Allah.Dia tidak sepatutnya mengingatkan perkara itu lagi.
Di banglo Datuk Hasyim pula,keadaan yang sama turut berlaku pada Zara.Dia tidak dapat melelapkan matanya memikirkan kejadian petang itu.Masih terasa pelukan hangat dari Rizqi.Renungan mata Rizqi terasa menusuk jauh di dasar hati.
‘Arghh,lupakan,lupakan,’Zara telah terguling-guling di atas katilnya.Dirinya dikejutkan dengan nada dering sms dari Iphone 4S miliknya.
‘Dah tidur ke??’Sms dari Rizqi itu mengejutkan Zara.Dia berfikir-fikir sejenak sama ada mahu membalas atau tidak.Setelah mendarab,bahagi,tolak dan tambah semua duduk perkara dia membuat keputusan untuk membalas.
‘Belum tidur pun lagi.Kenapa?’Balasan sms dari Zara membuatkan Rizqi tersenyum.Jemarinya pantas menaip di Blackberry miliknya.
-Aku nak mintak maaf sekali lagi tentang petang tadi-Rizqi
-Ok.Aku tau kau tak sengaja.Tak perlu mintak maaf J-Zara
-Tq,tapikan comellah petang tadi tu.Hehe-Rizqi
-Hah.Apa yang comel?-Zara
-Hehe,Kaulah yang comel.Cantik rambut-Rizqi
Merah padam muka Zara membaca sms dari Rizqi itu.Dia benar-benar berasa malu.
‘Rizqi bengong.Bencinya!!!’Zara berteriak dengan skala yang kecil.
-Lagi sekali kau cakap tentang ni aku tak nak kawan dengan kau-Zara
-Eh,sorry.Aku gurau jelah.Okay aku tak cakap lagi zip mulut.ZZZ-Rizqi
-Aku nak kau lupa apa yang kau nampak tadi tu.Janji dulu-Zara
-Yea,yea.Aku janji.I SWEAR-Rizqi
-Good boy.Oklah aku nak tidur.Esok kerja.Bye.Assalamualaikum-Zara
-Waalaikumusalam.Hmm,pergilah tidur.Nite,sweet dream J-Rizqi
*******************************
PERISTIWA yang berlaku hari itu berlalu begitu sahaja.Hari-hari yang dilalui oleh Rizqi dan Zara selepas itu kembali seperti sebelumnya.Rizqi yang telah berpinar-pinar matanya menghadap komputer membuat keputusan untuk ke pantry.Dia bercadang membancuh kopi untuk melegakan kepalanya yang telah berserabut.Pantas dia melangkah ke arah pantry.Bercahaya muka Rizqi apabila melihat Zara turut barada di situ.Gadis itu sedang berehat sambil membaca membaca majalah di meja yang disediakan.Selepas membancuh kopi,dia melabuhkan punggung di hadapan Zara.
“Kau baca tentang apa tu khusyuk semacam je aku tengok.”Rizqi menyoal sambil menghirup kopi bancuhannya.Dia benar-benar terasa nyaman.
“Aku baca artikel tentang ‘wanita melamar lelaki di anggap sifat terpuji’,”Zara menjawab namun matanya masih tertumpu pada majalah Mingguan Wanita itu.
“Owh.Menarik jugak tu.Aku suka sangat perempuan yang melamar lelaki.Selama ni mesti lelaki je yang mula dulukan.Kalau akukan memang suka perempuan yang macam ni.Saiditina Khatijah sendiri yang melamar Rasulullah SAW dulu.Memang tak salahlah.Aku memang tabiklah kat perempuan yang berani lamar lelaki,”Rizqi menyuarakan pendapatnya.Zara ketika itu telah menutup majalah yang dibaca.
“Maknanya kau sukalah kalau ada perempuan yang lamar kau?”Zara menyoal Rizqi.
“Yup.Of courselah.Mesti sweetkan,”Kata-kata Rizqi telah membuatkan Zara tersenyum lebar.Tiba-tiba idea untuk mengusik datang.Dia pantas menongkat dagunya di atas meja dan merenung tajam ke arah Rizqi.Terpinga-pinga Rizqi dengan reaksi Zara.
“Riz,,,sebenarnyakan…aku ada sesuatu yang nak cakap dekat kau.Dah lama dah aku rasa perasaan aku ni.Aku suka sangat habiskan waktu bersama kau.Makan dengan,keluar sama,shopping,dengar celoteh kau dan semualah.Kau memang seorang lelaki yang baik dan pandai jaga hati aku Riz.Rizqi…hm,,143.Kau sudi tak jadi suami aku?”Sejurus berkata panjang lebar,Zara terus tersenyum manis ke arah Rizqi dengan masih menongkat dagunya dan merenung tajam ke dalam mata Rizqi.Selepas itu,dia mempamerkan wajah comelnya.
Rizqi pula telah terkedu.Kata-kata Zara telah meresap jauh ke dalam hatinya.Pandangan mata Zara benar-benar menusuk ke kalbu.Dia tahu Zara hanya mengusik namun entah mengapa dia amat tersentuh.
“Tak sangka pulak kau suka kat aku.Kalau kau nak tau,aku pun rasa yang sama jugak.Sweetnya. Kau lamar akulah nikan.Aku teramatlah sudi nak kahwin dengan kau.Balik nanti bolehlah aku cakap dan bincang dengan parents aku.Mesti diorang suka.Zara,,,aku pun hmm…saranghaeyo,”Rizqi menghabiskan ayatnya sambil tersenyum manis menyerlahkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.Zara pula telah terlopong.Dirinya benar-benar terpaku mendengar kata-kata Rizqi.Senyuman Rizqi membuai-buai perasaannya.Entah mengapa dia berasa seperti di awang-awangan.Pantas dia tersedar semula.Dia tahu Rizqi juga bergurau seperti dirinya.Pantas dia ketawa terbahak-bahak.
“Pandai jugak ea kau berlakon.Ingat aku sorang je yang pandai.Boleh dapat award dah kau ni,”Zara masih ketawa melindungi rasa hatinya ketika itu.Cintakah itu.Rizqi turut sama ketawa seperti Zara.
“Baru kau tau erk.Aku ni dah layak menang Anugerah Bintang Paling Popular tau.Kalau aku bertanding hari tu silap-silap Aaron Aziz pun boleh kalah,”Rizqi pula membalas selamba turut sama menutup rasa hatinya yang tidak menentu.Ketawa Zara dah Rizqi masih bersatu.
“Oit,korang ni betul ke tak ketawa tak ingat dunia ni.Sekarang ni masih office hour tau.Ni duk curi tulang pulak kat sini,”Zayyad Raiyan menyampuk perbualan di antara Zara dan Rizqi.Bingit telinganya mendengar ketawa pasangan itu.Macam dah tak ingat dunia.Sebatu pun dah boleh dengar.
“Eh,bos kecil datanglah.Takutnya,”Zara selamba mengejek abangnya itu.Rizqi masih ketawa terbahak-bahak.
“Ngada-ngada pulak budak ni.Dah pergi buat kerja.Nanti apa pulak kata staf-staf,”Zayyad terus mencubit adiknya itu.Zara mengaduh kesakitan.
“Ok,ok.Tak sportinglah along ni.Orang baru nak relax-relax.Jomlah Riz blah.Biar orang tua tu kat sini sorang-sorang,”Zara terus menarik tangan Rizqi yang bersarung kemeja lengan panjang berwarna merah hati.Dia sempat menjelirkan lidah kepada alongnya sebelum melangkah pergi.Tak bersopan langsung budak ni.Adik siapalah ni.Zayyad hanya menggelengkan kepalanya dengan telatah Zara.Selepas itu,dia juga terus berlalu untuk menyambung kerja.
***************************
PANDANGAN antara Rizqi dan Zara berlaga sebaik melihat kelibat Sofia yang melenggang-lenggok berjalan ke arah mereka yang sedang menjamu selera.Zara sudah mengangkat-ngangkat keningnya pada Rizqi.Jejaka itu hanya menjongket bahu.Geli-geliman dia melihat aksi Sofia ketika itu yang jelas sedang cover ayu.Dah macam supermodel pun ada jugak.
“Hai En.Harraz,I nak ganggu kejap yea,”Sofia bersuara selembut mungkin dengan nada menggoda.Zara di depannya langsung tidak ditegur.Sudah lupa agaknya perempuan itu merupakan anak pemilik syarikat tempatnya bekerja.Tak makan saman langsung.Sabar jelah.Zara pula sudah mencebik melihat aksi Sofia yang tanpa segan silu melabuhkan punggung di sebelah Rizqi.Orang tak pelawa pun tiba-tiba je duduk.Panas hatinya melihat Sofia yang merapatkan dirinya ke arah Rizqi.Terlentok-lentok macam lalang di tiup angin badan Sofia ketika itu.
“Ya,ada hal penting ke Sofi?”Rizqi pantas menyoal pada Sofia.Rimas dirinya dengan keadaan Sofia ketika itu.Kerek betul minah ni.
“Sebenarnya tadi Encik Azman suruh I pesan kat you.Dia suruh you letak fail projek baru tu kat atas meja dia.Dia kerja half day hari ni sebab ada emergency.Esok dia semak dan kasi semula kat you,”Sofia menerangkan sambil terus senyum menggoda.Zara semakin menyampah.Ingatkan ada hal penting.Hampeh betul.Cakap kat office pun boleh.
“Owh,nanti I letak kat meja dia.Thanks sebab beritahu,”Rizqi menjawab selamba.Berkerut dirinya melihat Sofia yang belum pergi sebaliknya masih tersengih-sengih di sebelahnya.
“Ada apa-apa lagi ke Sofi?”Rizqi pantas bertanya.
“Eh,dah tak de dah.Best ke makanan kat sini?’Sofia masih terus memancing perbualan.Renungan Zara langsung tidak dihiraukan.Buat bodoh je.Mungkin dirinya tiada rasa ‘kemaluan’ agaknya.
“Bolehlah tahan.Kalau you nak try rasa order la jugak.Join sekali dengan kami.I dengan Zara selalu lepak sini,”Zara semakin panas mendengar jawapan Rizqi.
‘Boleh pulak dia layan minah gedik ni.Ei,,,nyampahnya.Siap ajak join makan skali pulak tu,’Zara berasa geram.Entah mengapa dia terasa panas sekali melihat Sofia dan Rizqi.Selama ni dia biasa-biasa je.
“Boleh jugak.I nak try cubalah,”Sofia berasa gembira dan excited dengan pelawaan itu.Bukan senang nak dapat makan dengan jejaka itu.Sudah bermacam cara dia mencuba,namun tak jalan langsung.
“Okaylah Riz,makanan aku dah habis ni.Aku balik office dulu,”Zara terus mencapai handbagnya ingin berlalu.Wajahnya jelas kelihatan bengang.Rizqi pula telah serba-salah.Jelas sekali wajah tidak puas hati Zara ketika itu.
‘Dia marah ke?Kenapa erk?’Kata-kata yang hanya terlontar dalam hatinya.
“Eh,Zara wait.Aku pun dah habis ni.Kita masuk sama,”Rizqi pantas bersuara.Sofia pula telah berubah masam.Baru nak kacau daun tapi si pujaan telah ingin pergi.
“Sofi,sorry yea.You orderlah makan.I pergi dulu,”Tanpa menunggu jawapan Sofia,Rizqi pantas menghampiri Zara yang menantinya di pintu masuk restoren.Zara gembira apabila Rizqi ingin mengikutnya.
‘Padam muka minah gedik.Woah..Eh kenapa aku happy pulak ni.Tadi pun aku rasa nak marah sangat bila Rizqi layan minah tu,’Zara tertanya-tanya dalam hati.Rizqi pula kembali gembira melihat senyuman Zara.
‘Nasib baik Zara dah okay.Eh,kenapa pulak aku tiba-tiba bimbang dengan reaksi Zara?Dan kenapa erk aku takut Zara salah faham layanan aku kat Sofi tu?Zara pun aku tengok macam jeles je.Dia suka kat aku ke?’Kata hati Rizqi pula.Selepas itu,dia pula yang tersenyum lebar.Mereka beriringan masuk ke pejabat.
*************************
KERETA Audi Sport kesayangan Rizqi meluncur laju di jalan raya.Kereta itu agak jarang digunakan.Dia baru sahaja menjemput Zara di rumah gadis itu.Hujung minggu itu,Zara telah berjanji ingin bermalam di rumahnya.Suasana di dalam kereta hanya dihiasi bunyi radio.Sejak dari sebentar tadi dia belum menegur Zara.Pelbagai persoalan berada di dalam benaknya ketika itu.Semalam ketika dia ingin mengajak gadis itu keluar Zara telah menolak.Gadis itu telah berjanji untuk keluar bersama dengan Azim.Cuak juga dirinya kerana selama ini belum pernah Zara menolak pelawaannya.Entah apa yang telah dilakukan mereka berdua.Pantas dia menoleh sekilas ke arah Zara.Gadis itu kelihatan sedang mengelamun.
“Ehem,,kenapa Azim ajak kau keluar semalam?”Suara Rizqi memecahkan kesunyian.Zara menoleh padanya sebelum menjawab soalan itu.
“Dia ajak aku kahwin dengan dia,”Kata-kata selamba Zara membuatkan Rizqi terus berpaling ke arahnya.Kata-kata itu menyentap pintu hatinya.
“Habis tu,kau setuju ke dengan dia?”Rizqi menyoal pantas.Berdebar-debar dirinya menanti jawapan Zara.
“Aku suruh dia beri aku masa untuk fikir.Aku tak taulah.Dia nampak ikhlas sangat dengan aku.Dia baik.Serba salah aku nak tolak.Rasa macam nak terima je,”Kata-kata yang meluncur dari mulut Zara memanaskan hati Rizqi.Dia berasa amat marah.Perkara itulah yang dibimbangkan.Pantas kereta Audi Sport itu ditambah kelajuannya.Zara di sebelah telah kecut perut dengan gaya pemanduannya Rizqi.
“Oit,,kau ni kenapa.Perlahankan sikit kereta tu.Aku tak nak mati sia-sia tau.Riz,please perlahankan sikit.Aku takut,”Rizqi kembali sedar apabila mendengar suara Zara yang jelas ketakutan.
“Sorry Zara.Aku tiba-tiba teringatkan masalah aku tadi,”Rizqi pantas memohon maaf.
“Hmmm,”Zara membalas perlahan.Dia tahu Rizqi marah apabila mendengar jawapannya sebentar tadi.
‘Riz macam jeles je dengan Azim.Dia suka kat aku ke?Hmm,’Kata hati Zara perlahan.Dia hanya merenung Rizqi yang kembali tenang dengan pemanduannya.Entah kenapa dia terasa suka.Suasana terus senyap sehingga mereka tiba ke rumah Rizqi.Kedatangan mereka di sambut dengan senyuman oleh Puan Fatimah.Wafa pula amat teruja menyambut kedatangan Zara.Pantas dia mengajak Zara ke biliknya.Dia mahu Zara tidur bersamanya malam nanti.Rizqi,Puan Fatimah,Megat Hilman dan Aril hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah Wafa yang kebudak-budakan.
PETANG itu,Rizqi telah membawa Zara dan keluarganya berkelah di air terjun yang terletak berhampiri rumahnya.Aril tidak dapat turut serta kerana mempunyai urusan lain.Dating dengan makwelah tu.Zara dan Wafalah orang yang paling gembira.Mereka tidak sabar untuk mandi di sana.Gelak ketawa Zara dan adiknya yang sedang galak mandi-manda itu dipandang penuh minat oleh Rizqi.Entah kenapa dia berasa amat gembira melihat aksi Zara ketika itu.Nampak comel sangat.Dia masih memerhatikan Zara dengan tajam tanpa sedar gelagatnya itu disedari ibu bapanya.Tak senonoh langsung Rizqi merenung anak dara orang.
“Amboi Riz,tengok anak dara orang macam burung helang nak sambar mangsa je.Kalau dah berkenan cakap je dekat umi dan abah.Boleh masuk meminang terus,”Puan Fatimah mengusik anaknya itu.Rizqi pantas berpaling ke arah ibu bapanya yang sedang tersenyum melihatnya.Dia hanya tersengih seperti kerang busuk apabila sedar dirinya tertangkap.
“Mana ada umi.Riz tengok aje.Tak ada apa-apa pun,”Rizqi pantas berdalih.
“Kalau dah berkenan baik cepat Riz.Nanti melepas jangan nak menyesal sudah.Abah ni lelaki Riz.Abah tau pandangan kamu tu.Abah lebih dulu makan garam dari kamu,”Megat Hilman pula menyampuk.Dia tahu rasa hati anaknya itu.Rizqi hanya mendiamkan dirinya.
“Hmm,,tengoklah nanti macam mana.Umi,abah,Riz pergi dulu.Nak join budak 2 orang tu,”Rizqi pantas melarikan dirinya.Tidak betah berada di situ.Ada benar kata-kata abahnya itu.Puan Fatimah hanya menggeleng melihat tingkah Rizqi.
“Nak larilah tu.Tau sangat.Sampai bilalah nak jadi macam ni.Dua-dua nampak macam nak tapi takde sorang pun yang mula dulu.Imah harap sangat bang adalah jodoh antara Riz dan Zara,”Puan Fatimah menyuarakan rasa hatinya pada suami tersayang.
“Abang pun harap macam tu jugak.Kita berdoa jelah agar ada jodoh mereka berdua.,”Megat Hilman membalas tenang sambil menggenggam mesra tangan isteri tercinta.Mereka terus memandang gelagat anak-anak mereka yang sedang gembira mandi-manda.
******************************
ZARA termenung di beranda bilik.Kata-kata Wafa sewaktu bermalam di rumah Rizqi masih diingatinya.
‘Abang Riz sukakan kat Zaralah.Wafa sendiri nampak abang Riz selalu pegang gambar kat Zara sambil tersenyum-senyum kat bilik dia.Dia letak gambar akak kat bawah bantal dia tau,’Zara tidak tahu sama ada ingin percaya atau tidak dengan kata-kata Wafa tersebut.Tapi jauh di sudut hatinya,dia berasa amat gembira sekali.Sebenarnya,dia juga melakukan perkara yang sama,hehe.Sepadan sangatlah dua orang ni.Lamunannya terganggu dengan bunyi Iphonenya.Nada dering you belong with me nyanyian Taylor Swift begitu jelas kedengaran.Lagu lama.Tak berkembang langsung si Zara ni.Berkerut dahinya apabila melihat nama abang Aril.Entah mimpi apa abang Aril menghubunginya pada lewat malam itu.Pangggilan disambut namun belum sempat salam dihulur suara cermas Aril pantas kedengaran.
“Zara….Rizqi accident.Dia ada kat hospital SS sekarang,”Mengalir air mata Zara sebaik mendengar kata-kata itu.Dia pantas memutuskan talian.Dicapai cardigan dan tudung sarung yang tersangkut.Zara tergesa-gesa keluar dari bilknya sehingga melanggar Zayyad yang ketika itu ingin masuk ke dalam bilik.
“Apasal pulak ni Zara.Nak pergi mana malam-malam macam ni?”Berkerut dahi Zayyad melihat telatah adiknya itu yang tergesa-gesa.Sempat dia melihat air mata yang mengalir di tubir mata adiknya.
“Along,Riz accident.Tolong hantar Zara kat hospital SS.Zara nak tengok Riz long,”Zara bersuara sebak.Ibu dan ayahnya yang kebetulan belum tidur berada di situ pantas mendapatkan Zara.Zayyad pula telah terlopong mendengar.Perlahan dia beristighfar.
“Kenapa ni angah,along?Kenapa Zara nangis ni?”Datin Maznah pula bersuara.
“Rizqi accident ibu,yah,”Zayyad menjawab bagi pihak adiknya.
“Ya Allah.Kenapa boleh jadi macam tu.Oklah along pergi bersiap-siap.Kita semua pergi melawat Riz,”Datuk Hasyim mula mengeluarkan arahan.Setelah itu,mereka mula bertolak dengan kereta yang dipandu Zayyad.Zara pula masih terusan menangis.Mereka sampai di hospital setengah jam selepas itu.Pantas mereka ke wad yang menempatkan Rizqi.
AIR mata kembali mengalir dari tubir mata Zara melihat tubuh Rizqi yang terbaring di atas katil.Kepala lelaki itu berbalut dengan kesan calar di muka.Kaki Rizqi turut disimen.Perlahan dia mendekati katil itu.Keluarganya dan Rizqi memberi peluang kepadanya untuk bersama Rizqi.Perlahan-lahan dia mencapai tangan Rizqi.Hatinya begitu sebak.
“Riz,kenapa jadi macam ni?Kenapa Riz?”Zara bersuara perlahan.Suaranya tangisan Zara mengejutkan Rizqi yang sedang terlelap.Hiba dirinya melihat Zara yang menangis di sisinya.
“Dahlah tu Zara.Sikit je ni.Aku tak apa-apalah.Stop crying okay.Aku tak suka tengok kau sedih,”Rizqi memujuk lembut.Dia cuba membangunkan dirinya.Berkerut dahinya menahan sakit.
“Macam ni kau kata sikit.Kau buat aku risau tau tak.Macam mana kalau jadi apa-apa.Kan aku selalu pesan jangan bawak kereta laju-laju.Kalau jadi apa-apa kat kau macam mana dengan aku,”Zara masih bersuara sedih.Rizqi yang sudah menyandar itu tersenyum mendengar jawapan Zara.
“Sayang jugak kau kat aku yea,”Rizqi tersenyum ke arah Zara.
“Mestilah sayang.Macam mana aku nak hidup kalau kau tak ada nanti,”Zara pantas membalas.
“Hmm,,betul kau sayang aku?”Rizqi bertanya kembali sambil merenung Zara.Zara mengangguk.
“Sedih kalau apa-apa jadi kat aku?”Zara mengangguk lagi.
“Tak boleh hidup tanpa aku?”Angguk lagi.
“Cintakan aku?”Angguk lagi.Tiba-tiba Zara tersedar.
‘Eh,Riz tanya aku cintakan dia ke tadi dan aku angguk.Malunya,’Muka Zara telah merona merah.Rizqi pula telah tersenyum lebar pada Zara.
“Nak kahwin dengan aku?”Angguk lagi.Setelah itu Zara terkedu.Pantas dia mengangkat wajahnya memandang pada Rizqi.Rizqi hanya tersenyum sambil merenung ke anak matanya.
“Aku serius Zara.Sebenarnya aku cintakan kau.Aku sendiri tak tau bila perasaan tu datang.Aku dapat rasa kau jugak rasa sama kan?Kahwin dengan aku yea,”Rizqi berkata ikhlas sambil terus merenung sepasang mata gadis itu.Zara tersentuh.Matanya kembali berkaca.Dia nampak sinar keikhlasan dari mata jejaka itu.Perlahan-lahan dia mengangguk.Tiada gunanya lagi dia melindungi perasaan cinta pada Bffnya itu.Rizqi terus tersenyum lebar sambil menjerit keseronokkan.
“Yeah,,abang Riz nak kahwin dengan kak Zara.Abang Riz nak kahwin dengan kak Zara,”Suara kegembiraan Wafa jelas kedengaran di ruang wad kelas satu itu.Zara dan Rizqi terkejut.Pantas mereka melihat ke muka pintu wad.Jelas kelihatan semua ahli keluarga mereka tersenyum simpul.Rizqi dan Zara masing-masing telah merah mukanya.Tidak menyangka gelagat mereka diperhatikan.
“Amboi dik,dia pulak yang terover excited.Abang Riz yang nak kahwin bukan adik nak kahwin tau.SPM pun tak pass lagi ni,”Aril terus mengusik adik kesayangannya itu.Wafa terus berubah masam sambil menjeling abangnya.Geram apabila seringkali diusik.Ketawa dari yang lain pula kedengaran.
“Alhamdulillah.Nak kahwin jugak akhirnya angah dan Riz ye.Dah lama along dan kak Fiza tunggu.Dapatlah kita naik pelamin sama tahun ni,”Zayyad turut tidak ketinggalan mengusik adiknya dan Rizqi.Tidak sia-sia dirinya menangguhkan dahulu perkahwinan dengan Fiza kerana ingin melangsungkan sekali dengan pasangan yang sedang tersimpul malu itu.Zara hanya mencebik mendengar kata alongnya.
‘Tak habis-habis dengan cita-cita dia nak buat majlis sekali dengan aku.Padahal nak jimat duit.Kedekut betul,’Zara mengumpat di dalam hatinya.Yang lain masih tidak berhenti ketawa.
“Jadi besanlah kita nanti ye.Alhambulillah,”Kata-kata Datuk Hasyim hanya disambut dengan anggukan Megat Hilman dan Puan Fatimah.
“Alhamdulillah.Makbul jugak doa kita,”Megat Hilman pula bersuara.Dia benar-benar bersyukur akhirnya doa mereka suami isteri telah dimakbulkan.Kini dia hanya mendoakan kebahagian kepada anaknya itu.
*****************************
1 tahun kemudian..
PEKARANGAN rumah Datuk Hasyim riuh rendah dengan suara gelak ketawa.Satu jamuan kecil diadakan sempena kepulangan Zamir Rafiq yang baru sahaja pulang dari luar negara setelah menggenggam segulung ijazah.Megat Hilman sekeluarga turut serta menghadiri jamuan di rumah besan mereka.Di satu sudut,Zayyad dan Aril sedang khusyuk membakar hidangan barbeku pada malam itu.Fiza,Wafa dan Rusma pula menguruskan meja makan dan perkara lain.Rusma merupakan isteri kepada Aril yang baru sahaja dinikahinya.
“Apasal abang Riz gelisah semacam je ni?”Zamir menegur abang iparnya yang kelihatan mundar-mandir di depannya.Sekejap masuk ke dalam rumah,sekejap keluar semula.Naik pening Zamir melihat gelagat abang iparnya yang seperti kucing kehilangan anak.
“Ha,abang cari angah kamu ni.Dari tadi lagi tak nampak-nampak,”Rizqi pantas menerangkan kepada Zamir.Zamir pula sudah ketawa kecil.Tak sampai setengah jam berpisah pun dah gelisah macam tu.Padahal kakaknya itu ada je di dalam banglo tersebut.
“Tu bukan angah ke?Tengah duduk dekat kak Fiza,kak Rusma dengan si Wafa tu,”Kata Zamir sambil menundingkan jari ke satu sudut.Rizqi pantas berpaling ke arah yang ditunjuk.Lebar senyumannya melihat gerangan isteri tercinta.Baru sekejap tak nampak muka pun dah rindu giler.
“Betullah,angah kamu tu.Thanks ye Mir.Abang Riz nak pergi dekat angah dulu,”Sejurus itu,Rizqi pantas berlalu ke arah isterinya.Zamir pula sekadar menggelengkan kepalanya.Dia pula melangkah pergi ke tempat membakar untuk membantu Zayyad dan Aril.Sesekali matanya menjeling para ibu bapa yang sedang asyik bersembang.
“Hai sayang.Sayang nyorok kat mana dari tadi lagi abang cari tak jumpa-jumpa tau,”Rizqi menegur mesra sambil mencium pipi isterinya itu.Tiada langsung perasaan malu pada mereka yang memerhati.
“Ish,rimaslah abang ni.Asyik berkepit je.Zara baru je rasa okay ni dah pening semula tengok abang tau,”Zara berkata selamba.Rasa peningnya datang kembali.
“Amboi sampai hati sayang cakap abang macam tu,”Rizqi pura-pura merajuk.
“Eleh nak merajuk pulak.Jangan harap Zara nak pujuk tau,”Zara masih selamba.Selepas itu,mukanya telah berkerut-kerut.Pantas dia berlari ke dalam rumah.Rizqi pula telah terpinga-pinga melihat tingkah isterinya itu.
‘Adui,sampai hati bini aku buat macam ni,huhu,’Rizqi berbisik sedih.Wafa,Rusma dan Fiza yang melihat ketawa.
“Abang Rizlah yang buat kak Zara macam tu.Kesian kak Zara tau.Tak pasal-pasal sakit,”Wafa berkata sambil melabuhkan punggung di depan Rizqi.Muka Rizqi telah berkerut mendengar kata adiknya.Entah apalah yang dia lakukan pada isteri tersayang.Puas difikir namun jawapan tetap tidak ditemui.Sepanjang perkahwinannya bersama Zara 6 bulan yang lalu,dia tidak pernah menyakiti isterinya.Hatta nyamuk seekor pun tidak bagi hinggap pada badan isterinya.Namun ada juga yang tersesat seekor dua.Hehe.
“Apa pulak yang abang Riz buat dekat isteri abang Riz.Abang Riz sayang kak Zara tau.Abang Riz tak pernah pukul pun kak Zara.Cubit pun tak.Kak Zara tu yang selalu cubit abang Riz sampai lebam-lebam badan,”Rizqi membalas kata adiknya.Tiba-tiba dia teringatkan cubitan yang sering dihadiahkan Zara.Sakit oi.Tulah,siapa suruh gatal sangat.
“Hmm,abang Riz tanyalah sendiri dekat isteri abang Riz tu apa yang abang Riz dah buat.Tu,kak Zara dah datang,”Wafa masih berteka-teki dengan Rizqi.Dia berbalas senyuman dengan Fiza dan Rusma.Rizqi pantas mengalihkan pandangan pada Zara.Muka Zara kelihatan sedikit pucat.
“Kenapa ni sayang.Pucat semacam je.Tak sihat ke?”Rizqi pantas menekup tangannya pada dahi Zara.Tiada rasa panas pun.Dia kembali merenung isterinya.
“Ni semua sebab abanglah.Gatal sangat.Zara pulak yang sakit,”Zara bersuara sedih.Dia masih belum mengkhabarkan berita gembira itu pada suaminya.
“Kenapa pulak?Cakap abang gatal.Zara tu yang asyik goda abang tau sebab tulah abang gatal.Lagipun tak salahkan,”Laju kata-kata itu meluncur dari bibir Rizqi.Zara pula telah merah mukanya mendengar kata-kata suaminya.Hampeh betul.Buat malu je.Dia hanya melihat 3 pasang mata yang tersengih-sengih memandangnya.
“Ish,apalah abang ni.Sebenarnya,,Zara sakit sebab perkara baik,”Zara membalas.Sengaja berkias-kias.
“Sakit untuk perkara baik pun ada jugak ea?”Rizqi menyoal dengan muka blurnya.
“Yelah,sakit sebab nak sambut orang baru,”Zara berkata sambil tersenyum.
“Nak sambut orang baru.Orang mana pulak yang nak datang ni?Kawan kita ke?”Muka Rizqi masih kelihatan blur.Zara telah menepuk dahinya.Wafa,Fiza dan Rusma telah ketawa terbahak-bahak.Rizqi pula berasa hairan melihat perlakuan wanita di sekelilingnya itu.
‘Sabar jelah dapat laki macam aku ni.Blur betul.Hampeh,’Zara sempat mengutuk di dalam hati.Namun dia segera beristighfar.Tak baik kutuk laki tau.
“Suamiku Rizqi,apa yang adinda maksudkan ialah kanda bakal menjadi seorang ayah,”Zara berkata satu persatu.Rizqi pula telah ternganga mulutnya namun cepat dia kembali sedar.Pantas dia melompat kesukaan.
“Yeah!!!Aku nak dapat anak.Aku bakal jadi seorang ayah!!”Rizqi menjerit kesukaan lantas dia terus menarik Zara ke dalam pelukannya.Jeritannya itu telah mengejutkan ibu bapa,mentua serta iparnya yang lain.Mereka hanya menggeleng dan tersenyum.Zara pula tersenyum bahagia di dalam pelukan suami tercinta.Dia benar-benar bahagia dengan kurniaan yang Allah berikan itu.Alhamdulillah.Tamat..
PERKAHWINAN karya Siti Nur Faezah
Cerpen Pendek
Selepas diijabkabulkan , akhirnya Minah sah menjadi isteri kepada Ahmad walaupun 3 kali si Ahmad melafazkan ''Aku terima nikahnya Minah binti Ali dengan mas kahwin RM22.50 tunai'' kerana gugup gembira gitewww .
Selepas 3 minggu menjadi suami isteri yang sah , Ahmad dikejutkan dengan berita bahawa isterinya Minah sedang hamil .
Siapa tak gembira seorang isteri melahirkan anak untuk suaminya tanda
cintanya kepada si suami .
Sudah 9 bulan 10 hari maka hari yang dinantikan oleh Ahmad dan Minah telah kunjung tiba di mana si Minah perlu melahirkan anak pertama mereka di bilik bersalin kerana Minah didapati melahirkan kembar 2 lain jantina .
***
Beberapa jam kemudian akhirnya bayi kembar itu selamat dilahirkan dengan cukup sifat , comel dan tembam . Si ayah mengucapkan syukur tanda gembira . Namun gembiranya hanya sekejap cuma kerana isterinya sedang nazak .
Minah: ''Abang .. Saya minta maaf tidak dapat berlama dengan abang , tapi anak itu tanda cinta saya pada abang . Abang , bila saya tiada carilah peganti saya yang boleh jadi ibu , ummi dan emak kepada anak kita , carilah isteri dan ibu solehah ya abang .. Saya minta maaf .. Redhalah kepergian saya abang .. Saya tunggu abang di syurga .. Namakan anak kita Nafisah dan lagi seorang tu abang yang beri ya ...'' (mengucap 2 kalimah syahadah dan matanya terpejam buat selamanya dengan senyuman)
Ahmad: ''Sayang .... Abang redha dengan kepergianmu sayang .. Abang bersyukur kita menjadi yang halal walau sekejap cuma . Engkaulah bidadari sebenar yang kucintai ..'' (mengucup dahi si isteri dengan manik-manik jernih jatuh di pipi)
***
Beberapa bulan kemudian ..
Ahmad sedang menimang anak lelakinya ''Walaupun ibumu sudah tiada dirimu sudah mewarnai hidup ayahmu ..''
Ahmad mendodoikan anak perempuannya ''Walaupun ibumu sudah tiada dirimu sudah melengkapi hidup ayahmu ..''
8 tahun sudah pun berlalu , Minah pergi mengadap Ilahi . Ahmad masih mampu berdiri walaupun tiada isteri di sisi . Membesarkan anak kembar dengan penuh kasih sayang dan kesetiaan seorang suami dan ayah . Dia tetap redha kepergiaan isteri tercinta kerana baginya Allah telah menggantikan isterinya dengan cahaya mata kembar yang yang sangat berharga . Dia tetap bersyukur kerana orang lain mungkin All ah uji dengan ketiadaan cahaya mata .
Nafisah: ''Ayah .. Bagaimana rupa ibu saya ?''
Ahmad: (Senyum) ''Rupa ibumu saling tidak tumpah sepertimu . Alis yang cantik , hidung yang mancung , bibir yang merah bak delima . Senang citer ibumu sangat cantik . Dialah bidadari sebenar ayah ..'' (senyum)
Nafisah: ''Ayah rindukan ibu ?''
Ahmad: ''Jauh mana pun ibumu , ayah rasa ibu tetap dekat dengan ayah .. Satu hari nanti ayah jumpa juga dengan ibumu ..'' (Air jernih bertakung di mata redupnya)
Nafisah: ''Kat mana ayah ? Nak itottt nak itott ..'' (Buat suara comel)
Ahmad: ''Di syurga sayang .. Kalau Nafisah nak ikot , Nafisah mesti jadi anak solehah ya sayang . Boleh jumpa ibu .'' (senyum)
Nafisah: (Mengangguk-angguk tanda mengerti)
***
Semakin hari berlalu semakin umur Ahmad bertambah . Dia tetap setia bersama anak kembarnya . Kini anak lelakinya yang bernama Muhammad sudah pun berusia 17 tahun . Tamat sahaja peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) , Ahmad ingin menghantar anaknya ke Pusat Tahfiz demi menghayati kehidupan sebagai seorang khalifah Allah , umat Nabi Muhammad SAW dan seorang anak yang soleh .
Nafisah pula hanya duduk di rumah menjaga ayahnya yang sedang sakit . Ahmad didapati menghidap penyakit stroke atau lumpuh satu badan . Nafisahlah yang memberi ayahnya makan , tolong mengambilkan wudhuk untuk ayahnya , segalanya diuruskan oleh anak perempuannya .
Ahmad tetap redha segala suratan yang ditentukan oleh-Nya . Baginya kehidupan ini terlalu manis biarpun segala ujian tidak jemu mendatang . Ahmad tidak lupa berdoa agar dia bersatu dengan isterinya di akhirat kelak . Isteri dan anak-anaknya tetap utuh di dalam sanubarinya .
***
2 minggu kemudian , Ahmad disahkan meninggal dunia ketika dia sedang sujud mengadap Ilahi di atas tikar sejadah . Nafisah terkejut kerana bukankah ayahnya itu lumpuh satu badan ? Jadi bagaimana ayahnya boleh sujud di tikar sejadah sedangkan sebelum ini ayahnya solat dalam keadaan baring . Tapi Nafisah faham tiada yang mustahil bagi Allah . Allah tetap berkuasa di atas segala sesuatu itu .
***
Kini tinggal mereka berdua sahaja menyimpul kasih dalam keadaan yatim piatu . Nafisah kini bekerja di Rumah Kebajikan Masyarakat . Manakala Muhammad menjadi pendakwah bebas , meluaskan dan menyebarkan dakwah demi Allah , Rasul dan agamanya . Muhammad juga aktif dalam jemputan program dan kendalikan bengkel . Dia menjadi perhatian ramai orang termasuk anak dara , wanita yang cuba untuk mencuri hatinya untuk dijadikan suami .
Setahun kemudian ..
Nafisah ke Palestin demi menjadi sukarelawan dan jihad untuk saudara dan negara Islamnya yang kini sedang dibedil oleh Israel Laknatullah . Baginya mati syahid sangat diimpikan setiap umat Islam dan peluang ini tidak akan disia-siakan begitu sahaja .
Manakala Muhammad pula sudah mendirikan rumahtangga bersama seorang gadis yang dipilih Allah untuk mereka kemudi bahtera bersama dunia akhirat . Gadis tersebut seorang penulis novel dan mengadaptasi kisah ini menjadi sebuah cerita , sebuah kisah dalam novel Redhaku Percaturan-Mu ..
Tamat .
Persahabatan Tiga Remaja karya Nurhayati Martina
Di sebuah desa terdapat tiga remaja yang bersahabat sejak kecil. Rumah mereka saling berdekatan sehingga sering keluar bersama. Saat di TK mereka berangkat ke sekolah bersama-sama. Bila salah satu belum siap, yang lainnya akan sabar menunggu. Setelah mereka siap, baru berangkat bersama-sama.
Ketiga remaja itu bernama Ali, Dedy, dan Eka. Tetapi Eka lebih tua satu tahun dari Ady dan Dedy. Saat Eka kelas 1 SD, Ady dan Dedy masih di TK. Walaupun berbeda kelas mereka tetap menjaga persahabatan diantara mereka. Setelah pulang sekolahpun mereka tetap bermain besama teman-teman yang lain. Tiga sahabat ini sanat suka bermain sepak bola setiap hari, mereka kumpul di lapangan tepat pukul 03.00 sore.
Bersama teman - teman yang lain mereka mengumpulkan uang untuk membeli bola plastik yang harganya Rp 3.500. Setelah mereka mendapatkan bola, Eka, Adi, dan Dedy mulai bermain dengan semangat hingga menjelang magrib. Mereka pulang ke rumah masing - masing untuk mandi dan mempersiapkanuntuk berangkat ke musholla dekat rumah mereka. Saat azan tiba, mereka berangkat bersama – sama hingga pulangnyapun mereka juga bersama - sama. Sebelum pulang mereka menyempatkan untuk ngobrol sebentar, walaupun mereka masih mempunyai PR.
Hampir setiap hari mereka berkumpul bersama, apalagi saat hari libur. Mereka bisa bermain sampai lupa waktu dan larut malam. Sampai - sampai Dedy dimarahi ibunya. Dedy kena marah gara - gara pulang terlalu malam. Hari demi hari mereka lalui bersama dengan penuh canda dan tawa.
Ketika Eka naik ke SMP, Adi dan Dedy berada di kelas 6 SD. Mulai sejak itu mereka bertiga jarang bermain dan keluar bersama. Eka jadi jarang keluar rumah karena ia mulai serius dengan pelajaranya, tetapi Adi dan Dedy menyadari bagaimana kesibukan yang dialami Eka. Di kelas 6 SD ini, Adi dan Dedy masih bisa bermain bersama, tetapi mereka merasa kurang puas karena tidak hadirnya Eka.
Saat Adi dan Dedy naik ke SMP, mereka pisah sekolah. Sehingga mereka tidak bisa kumpul bersama lagi. Ketiga remaja ini memilikisekolah yang berbeda, dan mereka sudah tidak bisa bermain bersama lagi karena pulangnya sore hari. Mereka sudah lelah searian sekolah, jadi lebih memilih istirahat di rumah. Tiga sahabat ini menekuni pelajaranya masing – masing. Dengan belajar giat dan rajin mereka berharap mendapat nilai yang terbaik. Jadi mereka tidak memiliki waktu luang sedikitpun untuk bermain bersama. mereka lebih memlih bermain dengan teman – teman di sekolahnya.
DI sekolahnya Dedy mendalami permainan sepak bola, dengan mengikuti sebuah SSB. Sedangkan Adi lebih memilah untuk mengembangkan ilmunya, untuk itu ia mengikuti KIR. Sedangkan Eka yang lebih tua satu tahun dari mereka lebih mereka mengembangkan agamanya, sehingga ia mengikuti BDI. Ia menjadi remaja yang alim, rajin mengaji dan sholat ke masjid. Saat tiga sahabat itu di SMA mereka melanjutkan keahliannya ke ekskul masing – masing. Mereka memilih kegiatan yang tidak jauh beda dari SMP. Sekarang mereka menjdi individu yang lebih dewasa dari sebelumnya, dan tidak memikirkan bermain bersama lagi, Adi lebih memilih bermain computer di rumah.
Saat ini bertepatan dengan hari bulan Ramadan, sehingga mereka dapat berkumpul kembali. Bukan untuk bermain tetapi untuk sholat tarawih bersama. Saat mereka bertemu awalnya terasa canggung karena sudah tidak akrab lagi seperti dulu. Tapi lama – kelamaan mereka kembali akrab seperti dulu, seperti saat mereka bermain bersama.Mereka juga suka tadarus bersama hingga larut malam. Eka mengingatkan Adi dan Dedy untuk menambah amal kebaikan di bulan Ramadan ini, agar mendapat limpahan pahala dari Allah SWT. Jadi sekarang mereka berkumpul lagi bukan untuk bermain, tetapi untuk berbagi ilmu untuk menambah pahala.
Tiga remaja itu juga menjalani puasa dengan kusuk dan sabar. Mnahan lapar dan haus dengan menjalani ibadah yang lain dengan baik. Mereka merasa bahagia karena merasa dirinya diberi rahmat dan rizki yang tiada hentinya dari Allah SWT. Saat idul fitri tiba mereka berangkat untuk solat idul fitri bersama teman – teman yang lain dan takbir dengat penuh semangat. Seusai sholat ied mereka mendengarkan ceramah dari khotib.
Setelah selesai mendengarkan ceramah mereka bertiga keliling desa untuk saling bermaafan. Sebelum itu, mereka bermaafan dengan keluarga masing – masing dan kemudian mereka bertiga bermaafan. Mereka saling memaafkan dan membuang rasa benci yang pernah ada. Ketiga remaja itu berpindah dari satu rumah ke rumah yang lain, dan banyak mendapat suguhan. Karena mereka sudahbdewasa mereka tidak mendapat THR dari teangg, padahal idul fitri sebelumnya mereka mendapat banyak sekali. Tetapi mereka tetap senang dengan ramadhan kali ini, karena telah membawa persahabatan mereka kembali seperti dulu.
Ketiga remaja itu bernama Ali, Dedy, dan Eka. Tetapi Eka lebih tua satu tahun dari Ady dan Dedy. Saat Eka kelas 1 SD, Ady dan Dedy masih di TK. Walaupun berbeda kelas mereka tetap menjaga persahabatan diantara mereka. Setelah pulang sekolahpun mereka tetap bermain besama teman-teman yang lain. Tiga sahabat ini sanat suka bermain sepak bola setiap hari, mereka kumpul di lapangan tepat pukul 03.00 sore.
Bersama teman - teman yang lain mereka mengumpulkan uang untuk membeli bola plastik yang harganya Rp 3.500. Setelah mereka mendapatkan bola, Eka, Adi, dan Dedy mulai bermain dengan semangat hingga menjelang magrib. Mereka pulang ke rumah masing - masing untuk mandi dan mempersiapkanuntuk berangkat ke musholla dekat rumah mereka. Saat azan tiba, mereka berangkat bersama – sama hingga pulangnyapun mereka juga bersama - sama. Sebelum pulang mereka menyempatkan untuk ngobrol sebentar, walaupun mereka masih mempunyai PR.
Hampir setiap hari mereka berkumpul bersama, apalagi saat hari libur. Mereka bisa bermain sampai lupa waktu dan larut malam. Sampai - sampai Dedy dimarahi ibunya. Dedy kena marah gara - gara pulang terlalu malam. Hari demi hari mereka lalui bersama dengan penuh canda dan tawa.
Ketika Eka naik ke SMP, Adi dan Dedy berada di kelas 6 SD. Mulai sejak itu mereka bertiga jarang bermain dan keluar bersama. Eka jadi jarang keluar rumah karena ia mulai serius dengan pelajaranya, tetapi Adi dan Dedy menyadari bagaimana kesibukan yang dialami Eka. Di kelas 6 SD ini, Adi dan Dedy masih bisa bermain bersama, tetapi mereka merasa kurang puas karena tidak hadirnya Eka.
Saat Adi dan Dedy naik ke SMP, mereka pisah sekolah. Sehingga mereka tidak bisa kumpul bersama lagi. Ketiga remaja ini memilikisekolah yang berbeda, dan mereka sudah tidak bisa bermain bersama lagi karena pulangnya sore hari. Mereka sudah lelah searian sekolah, jadi lebih memilih istirahat di rumah. Tiga sahabat ini menekuni pelajaranya masing – masing. Dengan belajar giat dan rajin mereka berharap mendapat nilai yang terbaik. Jadi mereka tidak memiliki waktu luang sedikitpun untuk bermain bersama. mereka lebih memlih bermain dengan teman – teman di sekolahnya.
DI sekolahnya Dedy mendalami permainan sepak bola, dengan mengikuti sebuah SSB. Sedangkan Adi lebih memilah untuk mengembangkan ilmunya, untuk itu ia mengikuti KIR. Sedangkan Eka yang lebih tua satu tahun dari mereka lebih mereka mengembangkan agamanya, sehingga ia mengikuti BDI. Ia menjadi remaja yang alim, rajin mengaji dan sholat ke masjid. Saat tiga sahabat itu di SMA mereka melanjutkan keahliannya ke ekskul masing – masing. Mereka memilih kegiatan yang tidak jauh beda dari SMP. Sekarang mereka menjdi individu yang lebih dewasa dari sebelumnya, dan tidak memikirkan bermain bersama lagi, Adi lebih memilih bermain computer di rumah.
Saat ini bertepatan dengan hari bulan Ramadan, sehingga mereka dapat berkumpul kembali. Bukan untuk bermain tetapi untuk sholat tarawih bersama. Saat mereka bertemu awalnya terasa canggung karena sudah tidak akrab lagi seperti dulu. Tapi lama – kelamaan mereka kembali akrab seperti dulu, seperti saat mereka bermain bersama.Mereka juga suka tadarus bersama hingga larut malam. Eka mengingatkan Adi dan Dedy untuk menambah amal kebaikan di bulan Ramadan ini, agar mendapat limpahan pahala dari Allah SWT. Jadi sekarang mereka berkumpul lagi bukan untuk bermain, tetapi untuk berbagi ilmu untuk menambah pahala.
Tiga remaja itu juga menjalani puasa dengan kusuk dan sabar. Mnahan lapar dan haus dengan menjalani ibadah yang lain dengan baik. Mereka merasa bahagia karena merasa dirinya diberi rahmat dan rizki yang tiada hentinya dari Allah SWT. Saat idul fitri tiba mereka berangkat untuk solat idul fitri bersama teman – teman yang lain dan takbir dengat penuh semangat. Seusai sholat ied mereka mendengarkan ceramah dari khotib.
Setelah selesai mendengarkan ceramah mereka bertiga keliling desa untuk saling bermaafan. Sebelum itu, mereka bermaafan dengan keluarga masing – masing dan kemudian mereka bertiga bermaafan. Mereka saling memaafkan dan membuang rasa benci yang pernah ada. Ketiga remaja itu berpindah dari satu rumah ke rumah yang lain, dan banyak mendapat suguhan. Karena mereka sudahbdewasa mereka tidak mendapat THR dari teangg, padahal idul fitri sebelumnya mereka mendapat banyak sekali. Tetapi mereka tetap senang dengan ramadhan kali ini, karena telah membawa persahabatan mereka kembali seperti dulu.