Laman ini akan mengumpulkan segala aktiviti yang telah dijalankan oleh penulis sepanjang kelas Bahasa dalam Multimedia.
VIDEO ONE SHOT - LAGU GADIS DAN BUNGA
|
Pertama kali berkenalan dengan pembikinan video pendek, kumpulan kami telah diajar untuk menghasilkan sebuah video one shot. Dr Notts telah mengarahkan kami untuk menghasilkan video klip lagu untuk video one shot ini. Kumpulan penulis, yang ditandai dengan nama Aura Cantik telah memilih lagu Gadis dan Bunga nyanyian asal Rahimah Rahim sebagai lagu pilihan untuk video one shot. |
VIDEO SERAM - BAHANA CEMBURU
|
Setelah selesai menghasilkan video one shot, penulis dan ahli kumpulan kini dicabar pula dengan pembikinan seram. Kali ini, Aura Cantik merasakan satu tamparan yang hebat kerana idea yang perlu dibuat haruslah kreatif dan benar-benar menyeramkan. Tugasan video seram ini dijalankan di sekitar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM Serdang dan sekitar Kolej Serumpun. |
VIDEO TANPA WAJAH - BISIKAN NAFSU
|
Video tanpa wajah yang dihasilkan ini memerlukan penulis untuk beraksi tanpa dirakamkan wajah penuh ahli kumpulan. Video ini dihasilkan untuk menyampaikan mesej dan pengajaran kepada khalayak penonton yang meminati kumpulan Aura Cantik. Nantikan tugasan video kami yang seterusnya. semoga terhibur ! |
POSTER BBM 3410
Tugasan poster ini sebenarnya memerlukan penulis untuk menghasilkan sebanyak tiga keping poster dan hanya salah satu yang terbaik perlu dihantar. Penulis memilih tema perkahwinan kerana tema ini sangat bersesuaian dengan umur penulis yang selayaknya sudah mendirikan rumah tangga memandangkan rakan-rakan penulis yang lain sudah ramai mendirikan rumah tangga. Namun, masih banyak lagi tanggungjawab penulis yang belum diselesaikan. Sebelum menghadapi alam perkahwinan penulis tekad untuk memiliki satu pekerjaan yang tetap dan ekonomi yang stabil terlebih dahulu,sebelum memasuki alam berumah tangga. |
KALENDAR MEJA BBM3410
|
Penulis juga turut diajarkan cara untuk menghasilkan sebuah kalendar meja dari satu aplikasi khas iaitu Adobe Photoshop. Aplikasi ini bolehlah di muatnaik ke dalam laptop pelajar dengan merujuk kepada petugas yang bekerja di makmal komputer Sanggar Bahasa FBMK. Kalendar yang dihasilkan oleh penulis kebanyakannya berkisar tentang orang yang penting dalam hidup penulis seperti ibu bapa, adik beradik, anak saudara serta rakan-rakan penulis. Kalendar ini dihasilkan dalam masa 4 minggu dan Alhamdullilah, hasil yang penulis dapat sangat memberangsangkan, malahan ahli keluarga penulis memuji hasil ini. Cantik katanya ! Walau bagaimanapun bukan pujian yang penulis harapkan tetapi kerajinan serta ketabahan dalam menghasilkan kalendar ini yang cukup membuatkan penulis banyak menghabiskan masa dalam proses menyiapkannya. |