CERITA NASIHAT
Laman cerita nasihat ini disediakan bagi mencoretkan serba sedikit kisah pengajaran dan nasihat buat warga pembaca laman web ini. Semoga apa yang dicoretkan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.
NUKILAN BUAT SEORANG SAHABAT
Hari ini 7.4.2013,aku telah kehilangan seorang sahabat yang sangat aku sayangi. Ya Allah ! hati aku teramat sedih pabila menerima perkhabaran dari salah seorang kawan yang menyatakan dia telah kemalangan dan meninggal dunia. Inallilah wainailaihirojium ! ya Allah dapatkah aku menerima perkhabaran itu dengan hati terbuka? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang bakal berlaku di masa hadapan.
(sebulan sebelum kemalangan sahabatku)
Detik jam 8.00 malam sewaktu aku di kolej kediaman, aku dihubungi sahabatku, dia berbicara, sedih…
Tiada ingin bersenda gurau lagi,seperti sediakala dia berbicara denganku..arwah seorang yang suka ketawa,tika aku membuka mulut membuat sahabat ketawa. Aku gembira melihat sahabat ketawa, sambil menepuk bahuku.
Ya Allah ! mampukah aku tabah menghadapi ujian ini.. sahabat bertanya kepadaku, tihah, sempat lagi ke untuk aku belajar solat,aku membaca Al-Quran? Ya Allah, apakah soalan ini? Kenapa sahabat bertanya aku sedemikian? Tanpa banyak bertanya aku menjawab, sempat insyaAllah ka,Allah memberikan umatnya umur yang panjang untuk beribadat , lagipun sahabatku ini masih lagi muda, 22 tahun belum terlambat untuk sahabat belajar agama.
Namun, Allah Maha Mengetahui, aku tidak lagi dapat membaca,kenapa tiba-tiba sahabat bertanya sedemikian. Sahabat bertanya lagi,jika umur dia tidak panjang bagaimana pula?? Lalu dia ketawa. Aku menjawab,selagi kita masih hidup, selagi itulah kita harus belajar. Siapalah kita untuk tidak belajar agama, kita hanya hamba yang naïf yang masih banyak kita perlu belajar dan tahu.
Sahabat berkata dalam nada sedih, katanya aku ini tiada ilmu dunia, ilmu agama apatah lagi,layakkah aku mendekatkan diri denganNya?? Aku sedih dengan pertanyaan itu. Aku tahan kesedihanku lalu berkata, ya ! kau masih mempunyai peluang, Allah tidak memilih siapa pun hambanya ! bahkan, bilal rabah sekalipun Allah menerimanya walhal dia hanyalah seorang hamba ! sahabat diam lalu menjawab,terima kasih tihah!kerana sudi menasihati aku, memberi aku tunjuk ajar..tanpa merendah-rendahkan diri aku..
Aku menjawab, aku bersahabat denganmu bukan kerana harta,bukan kerana kekayaanmu, aku bersahabat denganmu kerana Allah! Allah telah pertemukan kita, untuk menjadi sahabat ! sahabat terdiam lalu berbicara makin perlahan dan sedih, katanya engkaulah sahabat aku dunia akhirat !!
Aku menjawab ya ! kita bersahabat hingga ke akhirat. Aku ikhlas bersahabat denganmu !
Sebelum meletakkan telefon, sahabat mengatakan dia ingin belajar solat dengan betul, tapi tidak tahu caranya dan ingin aku mencarikan dia sebuah buku, cara-cara mendirikan solat. Ya ! aku menjawab tika Pc Fair nanti akanku beli buku itu buat sahabatku.
Ketika pulang cuti semester
Aku pulang ke kampung,tapi tidak lama kerana harus pergi ke rumah abang untuk menjaga anak saudara. Ku kirimkan buku solat, yasin dan sebuah gambar aku dan sahabat.
Tika sahabat menerima kiriman itu, dia menghubungi aku, terharu katanya melihat gambar dan buku solat serta yasin yang aku kirimkan. Aku menjawab hanya itu yang aku mampu berikan buat sahabat.
Tidakku sangka kiriman itu akan menjadi bungkusan terakhir aku kirimkan buat sahabat ! MasyaAllah ! Allah Maha Mengetahui apa yang hambanya tidak ketahui !
Di a tidak habis-habis berterima kasih. Sekali lagi dia berkata, aku kawan dunia akhirat dia ! Ya Allah !
Kenapa aku tidak terfikir bahawa sahabat akan meninggalkanku buat selama-lamanya.. !
Aku redha, sesungguhnya Allah lebih menyayangi hambaNya ini !
Buat sahabatku yang aku sayangi dunia dan akhirat,
Doaku buatmu semoga engkau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,
Engkau sahabat yang sukar aku cari,
Engkau bersahabat denganku tanpa syarat,
Terima kasih kerana bersahabat denganku hingga akhir hayatmu,
Doaku di tiap sujudku agar bertemu denganmu di akhirat sana,
Engkau sahabatku buat selama-lamanya…
Al- Fatihah buat sahabatku….Moga arwah tenang di sana…
Buat kita,
Yang masih bernyawa…
Ingatlah ajal dan maut kita tidak tahu
Bila kita akan dijemput oleh malaikat maut?
Beribadatlah umpama kita akan meninggal pada esok hari
Cukupkah ibadat kita?
Bagaimana pula dengan amalan kita yang akan dihitung nanti?
Berapa banyakkah ?
Kita sering mengejar dunia yang tidak berkesudahan..
Apa yang dikejar di dunia,harta kah?
Sampai ke anak cucu cicit kah harta itu mampu diguna?
Ingatlah kita hanyalah hambaNya yang mampu merancang TAPI
Dia yang menentukan segalanya !
Hargailah hidup sebelum maut datang,
Hargailah masa tika ia berlalu jauh meninggalkan kita,
Hargailah sahabat tika ia masih tersenyum bersama kita,
Hargailah ibu bapa tika mereka masih bernyawa,
Hargailah diri kita tika kita masih hidup dan bernyawa !
Bersyukurlah wahai sahabat Allah belum mengambil nyawa kita
Masih memberi kita peluang untuk bertaubat dan
Beribadat !
Gunakan peluang dan ruang yang Allah berikan
InsyaAllah ! taubat kita akan diterima !

KESUSAHAN SATU UJIAN HIDUP
assalamualaikum dan salam sejahtera,
semalam,4/5/2013, aku bergegas ke stesen bas untuk memulakan perjalanan menuntut ilmu ke UPM..
Perjalanan aku ke stesen bas sangatlah perit kerana aku terpaksa menghadapi hujan lebat sehinggakan basah kuyup pakaian aku.
namun,perkara itu agak biasa bagi kami selaku penunggang motosikal. setibanya aku di kaunter tiket, aku tercari-cari dimanakah bas yang harus aku naiki, akak yang menjual tiket itu menunjukkan arah tempat letaknya bas-bas tersebut.
ya Allah ! berpuluh-puluh bas keluar masuk dari stesen itu,bagaimana mampu untuk aku mencari bas yang perlu aku naiki?tambahan ketika itu,hujan semakin lebat, namun aku gagahi..aku lanjutkan pencarian aku kerana aku yakin, Allah sedang menguji aku.
bas-bas yang ada di stesen berkenaan pula tidak mempunyai pelekat destinasi yang ingin ditujui, menambahkan keperitan yang aku lalui.
melihatkan penumpang lain diiringi dengan payung oleh ahli keluarga terdekat, membuatkan emosi aku semakin menguaasai diri aku, kerana aku, keseorangan...tiada berteman..hanya Allah sahaja yang memahami perasaan aku saat itu.
aku berdoa di dalam hati.. "ya Allah permudahkanlah urusan hambaMu hari ini"..
aku mencari dan terus mencari bas yang menuju ke Hentian Putra Kuala Lumpur..walau bagaimanapun,
aku gagal dek kerana bas tambahan yang terlalu banyak,yang perlu aku tanyakan pemandunya,arah destinasi bas-bas tersebut.
aku gagal mengawal emosi,lalu air mata aku berderai, selebat hujan yang jatuh membasahi bumi.
ketika itu jam menunjukkan jam 10.00 malam.
sepatutnya seawal jam 9.00 malam,aku sudah berada di dalam bas. abahku menelefon aku, menanyakan perkhabaranku, sudah naik bas ke? aku sebak !tiada mampu terjawab..
setelah beberapa ketika..
Alhamdullilah,dengan satu panggilan telefon yang aku buat, datanglah seorang insan membantuku, menunjukkan aku jalan yang lurus, arah letaknya bas yang akan menuju ke Hentian Putra.
aku menaiki bas itu dengan basah kuyup, dan tiket yang aku genggam separuh koyak terkena air hujan..
sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang hambaNya tidak ketahui..
Allah ada di saat kita memerlukanNya..dengan sebuah doa,diiringi ketulusan hati meminta pertolongan, Allah akan mengirimkan pertolongan itu dalam pelbagai bentuk..
ketahuilah wahai sahabat,
segala pahit getir yang kita lalui ada hikmahnya dan kesusahan itu akan mengajar kita erti kehidupan..
tanpa kesusahan, kita tidak akan mampu melayari bahtera kesenangan..
moga apa yang kita hadapi mampu memberi iktibar dalam kehidupan kita...
InsyaAllah..

HATI SEORANG KAKAK
salam,
hari ni aku ingin berkongsi sedikit pengalaman aku tentang keluarga aku.aku seorang kakak yang dianugerahi 7 orang adik.tanpa dipinta,tanpa diminta dan tanpa dipaksa aku menyayangi kesemua adik2 aku ini.hari ini, aku terima panggilan dari umi terngiang2 suara adik2 aku dari belakang katanya,ingin berbicara dengan aku rindu katanya...sedih,rindu bercampur baur teringatkan mereka.
aku belajar tinggi2 bukan untuk menunjuk juga bukan untuk menunjukkan sifat riak takbur kerana terpilih untuk menyambung pelajaran tetapi kerana keluarga aku
umi,abah adik2 aku aku bukannya dari keluarga yang senang aku mulai sedar bahawa aku memikul tanggungjawab yang berat ini tika berada di tingkatan 6
ak tahu ak ad tanggungjawab yang masih belum aku selesaikan iaitu ADIK-ADIK ak..
jika ingin menjadi manusia yang pentingkan diri aku sendiri aku boleh saja lari dari tanggungjawab itu TAPI sampai bila?? mungkin ak terlepas di dunia ini tapi di akhirat nanti bagaimana bisa aku menjawab kepada Yang Maha Mengetahui??melihat wajah-wajah mereka hati ak menjadi sayu masa depan mereka nanti siapa lagi ingin mencoretkannya kalau bukan ak?? insan yang bergelar kakak !!
ingatlah dan dengarlah
adik-adikku yang aku sayangi
aku melangkah ke menara gading
untuk mengubah nasib keluarga kita
untuk memberi contoh kepada kamu semua
agar belajar dan terus belajar
hingga ke universiti
agar umi dan abah bangga dengan kejayaan kita
adik-adikku
dengarlah nasihat aku ini
insan yang daif
yang menyayangi dirimu
dunia akhirat
doaku hanya satu moga adik-adikku sayang menjadi orang yang berguna yang mampu berbakti kepada kedua orang tua kepada agama,bangsa dan negara...
moga kita bertemu di akhirat nanti..
CORETAN SAYANG DARI KAKAKMU,
KAK CIK....